SELASA, 8 FEBRUARI 2022
LIMBANG: Projek Menaik Taraf Jalan Masuk Ke Bandar Limbang Kepada Dua Laluan Sehala bandar Limbang sepanjangnya 1.1 kilometer (km) mengalami kelewatan sebanyak 44 peratus.
Menurut Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan, kelewatan ini disebabkan masalah slip bank failure on the waterfront project.
“Disebabkan masalah itu pihak Majlis Daerah Limbang telah pun mengarahkan RECODA untuk memberhentikan kerja-kerja pembesaran jalan ini.
“Keduanya adalah disebabkan berkaitan isu pemindahan kabel bawah tanah Sarawak Energy Berhad (SEB),” katanya semasa ditemui media selepas mengadakan lawatan ke tapak projek Menaik Taraf Jalan Masuk Ke Bandar Limbang Kepada Dua Laluan Sehala pada Isnin.
Projek di bawah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) yang bernilai RM15.9 juta ini dijangka siap sepenuhnya pada bulan April 2022 yang akan melancarkan aliran trafik masuk ke bandar Limbang pada waktu puncak.

Mengulas lanjut, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan menambah, beliau telah mengadakan perbincangan dengan pihak kontraktor dan mengambil beberapa keputusan yang disifatkan sebagai langkah terbaik ketika ini.
“Kita tidak dapat tunggu untuk slip failure yang berlaku di Projek Waterfront itu untuk directify kerana ia akan mengambil sedikit masa.
“Jadi kita bersetuju supaya kita potong kawasan tertentu dari tebing yang retak.
“Kita tunggulah bila pihak yang berkenaan untuk menyelesaikan masalah yang timbul berkaitan waterfront yang jatuh itu.
“Jadi, kita akan potong dan kerja-kerja lain akan diteruskan,” jelasnya.
Ujar beliau lagi, kerja-kerja berkaitan pemindahan kabel bawah tanah SEB akan dibuat dalam masa terdekat dan dikendalikan sendiri Sarawak Energy Berhad (SEB).
Turut sama hadir Timbalan Menteri II Pembangunan Luar Bandar merangkap Ahli Parlimen Limbang Datuk Hasbi Habibollah, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Danau Paulus Palu Gumbang, bekas Residen Bahagian Limbang Ir. Ahmad Denney Ahmad Fauzi, Pemangku Residen Bahagian Limbang Sebi Abang, Pengarah Agensi Pembangunan Wilayah Utara (NRDA) Ubaidillah Abdul Latip dan Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said. -EDISI UKAS