Naiktaraf Benteng, Perparitan Beri Manfaat Kepada Penduduk Rumah Dadat Punju

SELASA, 8 FEBRUARI 2022

TANJUNG MANIS: Projek naiktaraf benteng dan perparitan di sepanjang Rumah Dadat Punju di Jalan Tanjung Manis-Sibu bakal memberi manfaat besar kepada penduduk di kesemua 25 buah pintu tersebut.

Selain itu, projek ini juga dapat menyelesaikan isu kemasukan air masin ke kawasan rumah dan tanah pertanian penduduk.

Ahli Parlimen Tanjong Manis, Ir Yusuf Abdul Wahab telah menyaksikan simbolik penyerahan projek oleh wakil Jurutera Bahagian DID Bahagian Mukah, Anuar Mahasir kepada kepada kontraktor Syarikat Perusahaan Samsawi Bersaudara pada Isnin.

Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) Ir Yusuf yang bernilai RM300,000 sepanjang 700 meter akan bermula pada Febuari 2022 dan dijadual siap pada Julai 2023.

Keseluruhan projek melibatkan pembesaran parit, naiktaraf benteng, pembesaran ruang letak kereta dan membaiki kerosakan jeti.

Ir Yusuf dalam pada itu memohon penduduk agar memberi kerjasama kepada kontraktor sepanjang projek dijalankan agar dapat disiapkan mengikut jadual kerana projek telahpun lewat berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Selain itu, beliau mahu penduduk terus mematuhi SOP yang dikeluarkan kerana keadaan kes Covid-19 yang menunjukkan peningkatan pada masa kini. – EDISI UKAS

add comment