Projek Tali Air & Perparitan Skim Kawasan Tekalong Dor, Melugu Giat Dilaksanakan

SELASA, 8 FEBRUARI 2022

SRI AMAN: Kerja-kerja membina sistem tali air dan perparitan untuk Skim Kawasan Tekalong Dor, Melugu kini giat dilaksanakan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Begunan, Datuk Mong Dagang berkata, projek tersebut adalah di bawah Program Dana Fasilitasi Pertanian (AFF) berjumlah RM410,000.

Jelasnya, projek tersebut merangkumi kerja-kerja pelaksanaan sistem perparitan, benteng dan pemasangan pembetung.

Sementara itu, menerusi tinjauan yang dilakukan pada Isnin, terdapat permasalahan dengan kerja-kerja pelaksanaan memandangkan keadaan tapak projek kurang baik disebabkan air bertakung.

Turut hadir, Pembantu Khas beliau, Whelton Lumpoi; Pegawai Pertanian Sri Aman, Freddy Giang; Penghulu Bangga Rigeh dan Cr Mejang Niah. -EDISI UKAS

add comment