Hari PERKIM Diadakan Bagi Memperingati Dua Tokoh Pengasas PERKIM

RABU, 9 FEBRUARI 2022

SIBU : Program Bacaan Yaasin Dan Tahlil sempena Hari Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) anjuran Ahli Jawatankuasa Kecil Biro Dakwah PERKIM Sibu telah diadakan di Bangunan PERKIM Cawangan Sibu pada Selasa.

Program tersebut bertujuan memperingati kedua-dua tokoh Pengasas PERKIM Kebangsaan, Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Mantan Pengerusi PERKIM Bahagian Sarawak, Allahyarhamah Datuk Patinggi Dr. Laila Taib di atas pengorbanan mereka mengembangkan nama PERKIM di seluruh Malaysia dan Sarawak.

Difahamkan, pada setiap hari Jumaat akan diadakan ratib Al-Attas dan kelas Al-Quran untuk kesemua ahli-ahli PERKIM.

Antara aktiviti yang diadakan sempena sambutan Hari PERKIM adalah demonstrasi pembuatan kuih Cang.- EDISI UKAS

add comment