Datu Ik Pahon Santuni Mangsa Kebakaran Di Kampung Tanjong Bako

KHAMIS, 10 FEBRUARI 2022

KUCHING: Tragedi kebakaran pada Selasa lepas melibatkan sebuah rumah di Kampung Tanjong Bako mendapat perhatian Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datu Ik Pahon Joyik.

Beliau yang juga Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) telah melawat ke kampung tersebut pada Rabu, bagi menyaksikan sendiri keadaan rumah milik Sarimah Nong, yang musnah sepenuhnya.

Menurut Datu Ik Pahon, seramai 16 orang penghuni rumah tersebut yang terdiri dari empat buah keluarga telah ditempatkan di Dewan Kampung Tanjung Bako untuk sementara waktu dengan disediakan tujuh buah khemah dari pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jelasnya, setakat hari ini, segala bantuan dari segi makanan, pakaian, dan barangan keperluan adalah daripada sumbangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Demak Laut, Dr Hazland Abang Hipni, agensi-agensi kerajaan dan orang ramai.

Tambah beliau, dalam masa terdekat juga, pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) akan membantu membersihkan tapak kebakaran.

Kebakaran di Kampung Tanjong Bako tersebut berlaku kira-kira jam 1.30 pagi dan semua mangsa berjaya menyelamatkan diri.

Hadir sama, Pegawai Daerah Kuching, Awang Yusuf Awang Mostapha.-EDISI UKAS

add comment