MDS Bina Laluan Sementara Di Lorong 15, Kampung Gayu

KHAMIS, 10 FEBRUARI 2022

SIBURAN: Susulan kejadian banjir dan tanah runtuh di Lorong 15, Kampung Gayu pada Rabu, Majlis Daerah Serian (MDS) akan membina laluan sementara untuk kemudahan penduduk di situ.

Menurut Residen Bahagian Serian, Tuah Suni, pembinaan laluan sementara tersebut adalah bagi menunggu proses pembinaan semula jambatan baharu.

“Kejadian banjir dan tanah runtuh pada Rabu (semalam) telah menyebabkan kerosakan jambatan dan pokok tumbang di beberapa kawasan di Kampung Gayu.

“Oleh itu, pihak MDS akan membina laluan sementara kerana jambatan masih tidak dapat dilalui kenderaan sementara menunggu proses pembinaan semula jambatan baru,” katanya semasa membuat tinjauan di situ pada Khamis.-EDISI UKAS

add comment