Bidang Kuasa Penghulu DUN Batang Ai Distruktur, Dikaji Semula

SABTU, 12 FEBRUARI 2022

KUCHING: Mesyuarat Pengstrukturan Semula Bidang Kuasa Penghulu telah diadakan bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai, pada Jumaat.

Kesemua Ketua Masyarakat dan Ketua kaum (KMKK) DUN Batang Ai telah menghadiri mesyuarat tersebut yang dipengerusikan oleh Menteri Muda Perdagangan Antarabangsa Dan Pelaburan, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh bertempat di bilik mesyuarat Pejabat Menteri Muda, Wisma Sumber Alam.

Menurut Datuk Malcolm yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, perbincangan seumpama itu perlu memandangkan bidang kuasa Penghulu di Daerah Lubok Antu tidak pernah distruktur mahupun dikaji semula semenjak tahun 1980.

Katanya, ia juga penting ekoran peningkatan jumlah kampung, rumah panjang termasuk pertambahan bilangan penduduk di kawasan DUN Batang Ai. -EDISI UKAS

add comment