Penduduk Rumah Panjang Gesa Tindakan Segera Diambil Atasi Kejadian Tanah Runtuh

AHAD, 13 FEBRUARI 2022

KANOWIT: Tinjauan telah dilakukan bagi memantau keadaan tanah runtuh di Rumah Berawang, Nanga Tada, Kanowit pada Sabtu.

Kawasan tanah runtuh tersebut berlaku di kawasan hadapan rumah panjang tersebut dengan keluasan kawasan tanah runtuh dianggarkan kira-kira 45 kaki lebar dan 90 kaki panjang.

Difahamkan, terdapat sebuah bilik di hadapan rumah panjang yang jaraknya kurang daripada 10 kaki dari kawasan tanah runtuh tersebut.

Sehubungan itu, penduduk rumah panjang tersebut memohon agar pihak yang berkaitan mengambil tindakan secepat yang mungkin bagi membaiki kerosakan yang telah berlaku.-EDISI UKAS

add comment