16 Orang Penerima Bantuan Bakul Makanan Melalui Program Squad Prihatin Saribas

ISNIN, 14 FEBRUARI 2022

BETONG : Seramai 16 orang menerima bantuan bakul makanan anjuran Squad Prihatin Saribas dengan kerjasama Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas di Kampung Tanjung Assam  pada Ahad.

Squad Prihatin Saribas merupakan salah sebuah Badan Bukan Kerajaan (NGO) yang bergerak secara aktif dalam menghulurkan bantuan bekalan makanan semenjak persatuan tersebut ditubuhkan.

Dalam pada itu, bantuan tersebut bertujuan bagi meringankan beban golongan yang memerlukan dan antara golongan sasaran pertubuhan tersebut adalah golongan asnaf, warga emas, ibu tunggal dan penduduk yang ditimpa sakit kritikal yang memerlukan rawatan dengan segera.

Sehubungan itu, Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masyarakat (Kesejahteraan Masyarakat), Mohammad Razi Sitam, menyambut baik usaha mana-mana NGO yang ingin bekerjasama untuk memberi khidmat kepada mereka yang memerlukan.-EDISI UKAS

add comment