ISNIN, 14 FEBRUARI 2022
TELANG USAN: Seramai 20 orang murid berusia 5 hingga 11 tahun di sekitar Telang Usan hadir bagi mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 dalam Program Imunisasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids).
Daripada jumlah itu, 16 murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Long Ikang, 2 orang masing-masing dari SK Sebatu dan SK Ubong Imang, Long Lama di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Dewan Serbaguna Long Lama pada Sabtu.
Jumlah ini masih kecil berbanding murid-murid yang bersekolah di sekolah rendah di Telang Usan. -EDISI UKAS