Program Squad Kasih Sayang Saribas Diteruskan Bagi Bantu Golongan Memerlukan

ISNIN, 14 FEBRUARI 2022

BETONG: Squad Kasih Sayang Saribas telah meneruskan program bantuan kebajikan yang telah dianjurkan oleh Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Saribas baru baru ini.

Difahamkan, program tersebut merupakan program yang sering dilaksanakan sejak dari dua tahun lepas.

Dalam pada itu, Menteri Muda Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Masayarakat (Kesejahteraan Masayarakat), Mohammad Razi Sitam telah memberi bantuan kepada Isah Taham berasal dari Kampung Bungey, Debak yang menghidap penyakit ketumbuhan pada rahim.

Manakala seorang lagi penerima adalah Nora Tioyang mengalami masalah usus.

Ketua Wanita Ranting Bungey, Amy Syuhaida Tio dalam pada itu menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada Mohammad Razi di atas keprihatinan dan sentiasa mengambil berat tentang kebajikan dan keperluan rakyat. – EDISI UKAS

add comment