150 Orang Sertai Program Bicara Ilmu Rahsia Borong Online Luar Negara

SELASA, 15 FEBRUARI 2022

MIRI: Seramai 150 orang telah menyertai Program “Bicara Ilmu Rahsia Borong Online Luar Negara” yang dianjurkan Institut Koperasi Malaysia (IKMa) Zon Sarawak pada Selasa.

Program itu bertujuan memberi pendedahan kepada gerakan koperasi khususnya di bahagian Miri dan kawasan sekitarnya mengenai pemborongan secara atas talian.

Di samping itu, ia juga adalah bagi mengetahui peluang untuk menjana pendapatan koperasi melalui teknik dan strategi memborong secara atas talian.

Ketua Pengarah IKMa, Dato Mohd Ali Mansor telah hadir menyempurnakan perasmian program tersebut bersama dengan Pengarah Institut Koperasi Malaysia Zon Sarawak, Siti Maimunah Jerni.

Dalam program itu, para peserta diberikan ceramah dalam tiga sesi yang mana sesi pertama disampaikan oleh Pegawai IKMa Zon Sarawak Mohamad Suandi Mortadza iaitu mengenai Memasyarakatkan Koperasi (MasKop).

Sesi kedua pula disampaikan oleh Penolong Pengarah Bahagian Miri Lily Fawziah Adenan iiatu mengenai Bantuan Pembangunan Koperasi dan sesi ketiga pula disampaikan Kapten (B) Zainol Rashid Burhan iaitu mengenai Rahsia Lorong Online Luar Negara.-EDISI UKAS

add comment