Peruntukan RM150,000 Bagi Projek Bina Bangunan Astaka Di Kampung Tematu

SELASA, 15 FEBRUARI 2022

KUCHING: Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi pembinaan Bangunan Astaka yang menelan kos sebanyak RM150,000 akan memberi manfaat kepada penduduk di Kampung Tematu.

Simbolik penyerahan geran RTP itu telah disaksikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang pada Isnin.

Menurut Lo, projek tersebut akan bermula pada 16 Februari ini dan mesti siap dalam masa empat bulan.

“Saya berharap kontraktor boleh meneruskan kerja yang bermutu tinggi terhadap projek ini.

“Saya juga berhasrat untuk menaik taraf lorong masuk ke padang bola sepak Kampung Tematu untuk kemudahan para penduduk di sini,” ujarnya. -EDISI UKAS

add comment