JKR Hantar Pasukan Laksanakan Kerja-Kerja Pembersihan

RABU, 16 FEBRUARI 2022

LIMBANG: Jabatan Kerja Raya (JKR) Limbang akan menghantar pasukan bagi melaksanakan kerja-kerja pembersihan dan mengalih pokok tumbang yang menghalang laluan kenderaan.

Ini susulan daripada kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di jalan menuju ke Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai pada Selasa.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Limbang, kejadian itu berlaku disebabkan hujan turun dengan lebat.

Kejadian ini juga telah mengakibatkan jalan raya tidak dapat dilalui kenderaan.-EDISI UKAS

add comment