Pusat Khidmat DUN Daro, JKR Bahagian Sarikei Lawat Lima Tapak Projek RTP Di Meradong

KHAMIS, 17 FEBRUARI 2022

MERADONG: Pegawai Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Daro bersama Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Sarikei telah meninjau tapak projek Program Transformasi Luar Banda (RTP) 2022 bagi DUN Daro dan Parlimen Igan pada Rabu.

Lawatan tersebut bertujuan bagi membuat spesifikasi kerja dan skop kerja yang akan dilaksanakan supaya ianya akan memberi manfaat kepada penduduk setempat.

Antara projek yang dilawati adalah Projek Naiktaraf Jeti dan Bina Pontoon di Jeti Rumah Magerat, Sungai Stubah, Daerah Meradong yang diperuntukkan sebanyak RM120,000, Bina Baru Jeti dan Pontoon di Rumah Empati, Sungai Ilas, Daerah Meradong yang telah diperuntukan sebanyak RM120,000 dan Naiktaraf Sistem Penyimpanan Air di Rumah Getai, Sungai Ilas Meradong yang diberi peruntukan sebanyak RM50,000.

Manakala, Naiktaraf Sistem Penyimpanan Air Di Rh Lisa, Sungai Ilas Meradong diperuntukkan sebanyak RM50,000 dan Naiktaraf Jalan ke Kubur di Kampung Sebena, Meradong diberi peruntukan sebanyak RM50,000.-EDISI UKAS

add comment