KHAMIS, 17 FEBRUARI 2022
LIMBANG: Seramai 20 orang ahli Sukarelawan Kebajikan Bahagian Limbang mengadakan Program Gotong-Royong membersihkan rumah Allahyarham Hidup Durahman di Kampung Buangsiol, Limbang pada Selasa.
Menurut pengerusinya Adrus Tahir, gotong-royong ini dilakukan selepas mendapat permohonan daripada penduduk kampung.
“Kerja-kerja gotong-royong ini dilakukan bagi memastikan rumah yang telah lama ditinggalkan itu bersih selepas sekian lama terbiar apabila pemiliknya meninggal dunia,” katanya.
Selepas gotong-royong, Sukarelawan Kebajikan Bahagian Limbang telah menyampaikan bantuan prihatin kepada warga emas dan Orang Kurang Upaya (OKU) di Kampung Buangsiol.-EDISI UKAS