Lelaki Hilang Selepas Pasang Jerat Di Hutan Kampung Merasam Ditemui Selamat

SABTU, 19 FEBRUARI 2022

LIMBANG: Seorang lelaki yang dilaporkan hilang selepas memasang jerat di hutan Kampung Merasam di sini pada Isnin telah berjaya ditemui pada jam 7.50 pagi Sabtu dalam keadaan selamat.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh pasukan operasi Misi Mencari dan Menyelamat (SAR) Limbang, mangsa Mohamad Saiful Harun ditemui keluar dari hutan sebelum dijumpai oleh pasukan SAR dan melapor terus ke pondok operasi menyelamat.

Menurut mangsa, semasa berada di hutan beliau telah sesat dan gagal menemui jalan pulang serta hanya makan sumber yang terdapat di hutan seperti daun-daun kayu untuk mengalas perut dari rasa kelaparan.

Mangsa telah dibawa ke hospital Limbang oleh anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Limbang yang bertugas bagi mendapatkan pemeriksaan dan rawatan kesihatan.-EDISI UKAS

add comment