Pembinaan Lebuhraya, Rangkaian Jalan Nadi Pembangunan Sarawak

SABTU, 19 FEBRUARI 2022

BINTULU: Pembinaan lebuhraya dan jalan perhubungan penting bagi Sarawak dalam memperkasa dan menjadi nadi kepada pembangunan sosioekonomi serta pembangunan infrastrukturnya.

Menurut Ketua Menteri Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg, ia menjadi pemangkin untuk mencapai aspirasi sebagai negeri maju pada 2030.

“Pembinaan dan pembukaan rangkaian lebuhraya dan jalan perhubungan di negeri ini menjadi satu keperluan dan elemen penting untuk mengerakkan nadi pembangunan, ekonomi dan infrastruktur Sarawak menjelang tahun 2030.

“Kita tidak boleh menafikan bahawa pembangunan lebuhraya memberi kesan berganda terhadap pelbagai program pembangunan hartanah, perindustrian dan pembandaran yang secara tidak langsung memberi kesan signifikan kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menyempurnakan Majlis Perasmian Pembukaan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak, Jajaran Seksyen Nyabau Pakej Kerja 10 (WPC 10) di Bintulu, pada Sabtu.

Ketua Menteri menambah, dasar Kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang berpandangan jauh mampu membawa pembangunan ekonomi ke tahap yang lebih tinggi.

Ujarnya, perancangan strategik itu memberi tumpuan kepada infrastruktur dan juga internet.

“Kerajaan GPS telah merancang pembangunan ekonomi secara strategik dengan memberi tumpuan kepada pembangunan infrastruktur termasuklah infrastruktur internet selaind daripada jalan-jalan yang menuju ke kampung-kampung.

“saya amat yakin dengan dasar kita yang berpandangan jauh pembangunan ekonomi negeri ini mampu kita bawa ke tahap yang lebih tinggi dan peningkatan kepada pendapatan rakyat dengan penduduk akan mempunyai nilai tambah,” ujarnya.

Beliau juga optimis Bintulu antara bahagian di Sarawak akan terus mengecapi pembangunan pesat dengan usaha berterusan Kerajaan Sarawak

“Kita yakin pembangunan Bintulu akan terus dipacu dengan adanya jaringan jalan raya dan akan memberi impak ekonomi kepada masyarakat setempat.

“Tidak lama lagi saya rasa Jambatan Kemena akan siap walaupun terpaksa berdepan dengan masalah kelewatan.

“Sudah tentu kawasan Bintulu, Jepak, Kidurong dan kawasan yang berdekatan Lapangan Terbang Bintulu akan dihubungkan dengan jarak yang lebih pendek lagi,” jelasnya.

Sementara itu, Persimpangan Bertingkat (Flyover) Nyabau sepanjang 1.23 kilometer tersebut menghubungkan tiga bandar di Sarawak iaitu Sibu, Bintulu dan Miri yang merupakan salah satu jejambat dan terpanjang dalam jajaran Lebuhraya Pan Borneo Sarawak.

Projek Seksyen Nyabau telah bermula pada 1 Mac 2017 dan siap sepenuhnya pada 26 Januari 2022 dengan kos keseluruhan RM164 juta.

Hadir sama Menteri Kanan Kerja Raya Dato Sri Fadillah Yusof, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas, Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr. Stephen Rundi Utom dan Menteri di Jabatan Ketua Menteri Datuk John Sikie Tayai serta yang lain.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia