Kekalkan Kerjasama Padu KMKK Bersama Wakil Rakyat Dan Pentadbiran Daerah Bagi Kemajuan Penduduk Di Lundu

AHAD, 20 FEBRUARI 2022

LUNDU: Kerjasama padu di antara Ketua Masyarakat dan Ketua Kaum (KMKK) bersama wakil rakyat dan juga pentadbiran daerah adalah kunci kepada kemajuan penduduk di daerah Lundu. 

Demikian amanat yang disampaikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.01 Opar, Billy Sujang semasa beliau berucap pada Majlis Malam Jasamu Dikenang anjuran KMKK Zon Biawak di Homestay Pa’ek, Kampung Pasir Hulu, pada Sabtu.

Billy juga menyampaikan setinggi-tinggi terima kasih dan penghargaan kepada mantan Ketua Kaum di atas jasa mereka kepada masyarakat.

Beliau juga turut mengucapkan tahniah kepada ketua kaum yang telah dilantik baharu dan juga dilantik semula. 

Ujar Billy, teruskan bekerjasama dengan wakil rakyat serta Pejabat Daerah Lundu bagi memacu kemajuan di kawasan kampung.

Pada majlis tersebut, Billy turut menyampaikan Sijil Lantikan kepada 3 orang ketua kaum baharu dan Sijil Lantikan Semula kepada 7 orang ketua kaum.

Hadir sama Pegawai Daerah Lundu, Tuan Gustian Haji Durani, Penghulu Zon Biawak, Kutong Enggang dan para ketua masyarakat dan ketua-ketua kaum.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia