AHAD, 20 FEBRUARI 2022
MIRI: Kejayaan GPS memenangi 8 kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) di bahagian Miri membolehkan Kerajaan Sarawak memberikan yang terbaik kepada rakyat khususnya dalam meneruskan projek pembangunan.
Ini termasuklah melaksanakan Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030 untuk Sarawak termasuk merancang pembangunan Miri yang lebih baik.
“Di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, kami mempunyai pelan induk untuk Sarawak 2030 dengan memulihkan ekonomi Sarawak dan mencapai negeri maju menjelang tahun 2030.
“Pada masa yang sama berusaha untuk mendapatkan pendapatan tambahan untuk Sarawak dan peruntukan tambahan termasuk merancang pembangunan yang berterusan bagi bahagian Miri,” katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Makan Malam Perpaduan 2022 anjuran Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri di Eastwood Valley Golf & Country Club Miri pada Sabtu.
Hadir sama Timbalan Ketua Menteri Dato Sri Dr Sim Kui Hian, Menteri Pengangkutan Sarawak yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senadin Dato Sri Lee Kim Shin, Menteri Muda Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak Datuk Rosey Yunus, Menteri Muda Pembangunan Usahawan merangkap (ADUN) Lambir Dr Ripin Lamat, Ahli Parlimen Sibuti Lukanisman Awang Sauni, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pujut yang juga Datuk Bandaraya Miri Adam Yii Siew Sang, Presiden Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri Dato David Goh Kien Ping dan Timbalan, Pengerusi Pengelola Malam Perpaduan 2022 merangkap Naib Setiausaha Gabungan Pertubuhan Cina Sarawak Cik Lee Yen Ling, Pengerusi Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Miri Ling Chiang Sing dan Timbalan Presiden Persatuan-Persatuan Cina Bersekutu Bahagian Miri James Hii Sing Long. -EDISI UKAS