ISNIN, 21 FEBRUARI 2022
SARIKEI: Sebanyak lima dari keseluruhan 25 ranting PBB N 41 Kuala Rajang telah selesai membuat pemilihan ahli jawatankuasa peringkat ranting masing-masing pada Ahad.
Antara ranting yang telah selesai pemilihan ialah Ranting Sebayang, Ranting Kerubong, Ranting Selalang, Ranting Belawai 1 dan Ranting Belawai 3.
Kesemua proses pemilihan berjalan lancar dan tiada pertandingan berlaku di mana majoriti Ketua Ranting, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda dipilih sebulat suara oleh ahli ranting.
Keseluruhan N.41 Kuala Rajang terdapat 25 ranting yang akan mengadakan proses pemilihan tri-tahunan dan dijangka selesai pada Mac nanti.
Manakala pemilihan peringkat cawangan dijangka akan dilakukan pada Jun nanti.
Semua proses pemilihan ini telah diselaras serta dikendalikan oleh pasukan khas yang ditubuhkan agar setiap pemilihan berjalan lancar. – EDISI UKAS