121 Murid Terima Vaksin COVID-19 Di PPV SK Tungkah Melayu

SELASA, 22 FEBRUARI 2022

SEBANGAN: Seramai 121 murid Sekolah Kebangsaan (SK) Tungkah Melayu menerima vaksin dos pertama menerusi Program Vaksinasi COVID-19 Kanak-Kanak (PICKids) pada Isnin.

Petugas dari Klinik Kesihatan Sebangan telah mengadakan PICKids di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) sekolah itu.

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mendapati, murid-murid datang seawal jam 8.30 pagi ditemani ibu bapa masing-masing dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP).

Semua yang hadir memberikan kerjasama sepenuhnya kepada para petugas kesihatan sekaligus melancarkan lagi proses pemberian vaksin pada hari tersebut.

PICKids itu melibatkan kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun dari Zon Sebangan sahaja. -EDISI UKAS

add comment