SELASA, 22 FEBRUARI 2022
LAWAS: Sebanyak 43 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Parlimen Lawas menerima geran Kerajaan Persekutuan dan Geran Khas Ketua Menteri Sarawak.
Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia yang juga Ahli Parlimen Lawas Dato Henry Sum Agong telah menyampaikan geran itu kepada setiap penerima di Hotel Seri Malaysia pada Sabtu.
Geran kerajaan ini merupakan peruntukan yang disediakan pada awal tahun ini kepada beberapa NGO bagi melaksanakan program dan aktiviti tahunan persatuan dan pertubuhan.
Penyerahan ini merupakan fasa pertama dan selepas ini akan diadakan penyampaian fasa kedua.
Sementara itu, bagi wakil NGO yang menerima peruntukan ini mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Persekutuan dan Ketua Menteri yang menyedia dan memberikan peruntukan ini bagi kegunaan penganjuran program dan aktiviti yang bermanfaat kepada masyarakat.
Hadir sama Ketua Mesyarakat Kaum Cina Lawas Pemanca Tan dan {Enghulu Liaw Soon Teck.-EDISI UKAS