RABU, 23 FEBRUARI 2022
KUCHING: Kolej Komuniti Mas Gading dengan kerjasama Pusat Khidmat Batu Kitang telah menganjurkan Kursus Pengendalian Makanan Dan Pendedahan Pensijilan Halal, pada Rabu.
Tujuan utama kursus adalah untuk mendedahkan para penjaja dengan pemahaman asas pengendalian makanan yang betul termasuk meningkatkan kemahiran para penjaja dalam bidang pengendalian makanan.
Perasmian kursus yang melibatkan 15 orang peserta dari Pusat Penjaja Kampung Haji Baki dan Kampung Landeh tersebut disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Kitang, Lo Khere Chiang.
Dalam pada itu, Khere Chiang mengucapkan tahniah kepada para peserta dan penganjur atas usaha menjayakan kursus berkenaan. -EDISI UKAS