JUMAAT, 25 FEBRUARI 2022
MIRI: Pejabat Daerah Beluru telah mengadakan aktiviti gotong- royong membersihkan kawasan Bangunan Pejabat Daerah Beluru pada Khamis.
Program tersebut telah diketuai Pegawai Daerah Beluru Alfred Geling bersama dengan kakitangan daripada Pejabat Daerah Beluru dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Beluru.
Antaranya kerja-kerja gotong royong yang diadakan ialah membersihkan ruang pejabat, mengutip sampah di keliling bangunan serta membersih saluran air.
Sebelum itu, Pegawai Daerah Beluru telah menyampaikan sumbangan ikhlas daripada kakitangan Pejabat Daerah Beluru kepada salah seorang staf Pejabat Daerah Beluru Suriansyah Hasnan baru-baru ini.-EDISI UKAS