Ahli Parlimen Sibuti Sempurnakan Majlis Apresiasi Tadika KEMAS Sibuti

AHAD, 27 FEBRUARI 2022

MIRI: Ahli Parlimen Sibuti, Lukanisman Awang Sauni telah menyempurnakan perasmian Majlis Apresiasi Kanak-Kanak Tadika Kemas Sesi 2021-2022 Parlimen Sibuti di Hotel Pullman Miri pada Rabu.

KEMAS mempunyai sebanyak 39 buah tadika dan dua buah taska di kawasan Parlimen Sibuti.

Dalam pada itu, Lukanisman turut memberikan baucar persekolahan bernilai RM100 kepada 124 penerima pelajar Tadika KEMAS yang akan memasuki ke tahun satu.

Beliau turut menyediakan ‘booth’ gambar graduasi kepada ibu bapa untuk gambar kenangan.-EDISI UKAS

add comment