AHAD, 27 FEBRUARI 2022
KABONG: Lembaga Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) telah mengadakan Mesyuarat Agung dan Pemilihan Ahli LAKIK bertempat di Masjid Assabirin, Kabong pada Ahad.
Program dimulakan dengan ucapan perasmian Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir disusuli pembentangan oleh Setiausaha dan Bendahari LAKIK Sesi 2019-2021.
Pemilihan tersebut menyaksikan Ulin Berody dilantik sebagai Pengerusi LAKIK untuk sesi Mac 2022 hingga Februari 2025.
Selain itu, Bujang Lee dilantik sebagai Timbalan Pengerusi manakala Ustaz Shahrizan Sharbini dan Ustaz Abd Aziz Hazemi dipilih sebagai Setiausaha dan Bendahari.
Hadir sama Penghulu Sani Mohamad, Wakil Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS) Betong Ustaz Affendi Ismail; Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK), Kr Ulin Tabor; Pengerusi Masjid Assabirin Kabong, Johar Bidi; Kr Johan Rahman; Ahli Majlis Daerah Saratok; Ketua-Ketua Kampung dan penduduk sekitar. – EDISI UKAS