132 Murid Dari 5 Buah Sekolah Terima Vaksin COVID-19 Di Klinik Kesihatan Sebangan

ISNIN, 28 FEBRUARI 2022

SEBANGAN: Seramai 132 kanak-kanak berusia 5 hingga 11 tahun telah menerima vaksin COVID-19 dos pertama menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kanak-kanak (PICKids) di Klinik Kesihatan (KK) Sebangan pada Jumaat.

Kanak-kanak ini dari Sekolah Kebangsaan (SK) Sg.Lumut (27 murid), SK Tungkah Dayak (29 murid) Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Chung Hua Sebangan (28 murid), SK Bajong (25 murid) dan SK Entangor (23 murid) menerima vaksin jenis Comirnaty (Pfizer BioNTech).

Menurut Pegawai Penguasa Perubatan KK Sebangan, Dr. Nurul Huda, program vaksinasi tersebut diadakan untuk memudahkan murid-murid sekolah yang berdekatan menerima vaksin COVID-19 bagi melindungi mereka daripada risiko jangkitan COVID-19.

Jelasnya, petugas kesihatan KK Sebangan juga akan berkunjung ke sekolah yang jauh daripada klinik tersebut bagi memastikan tiada yang terkecuali untuk divaksinasi sekaligus mencapai sasaran Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk PICKids di kawasan itu.

Tinjauan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) mendapati, keseluruhan proses vaksinasi pada hari tersebut berjalan lancar tanpa sebarang masalah dan semua murid hadir ditemani ibu bapa atau penjaga dengan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia