32 Orang Tampil Menderma Darah Di Lawas

SELASA, 1 MAC 2022

LAWAS: Seramai 32 orang telah menderma darah dalam Program Menderma Darah di Tamu Besar Lawas pada Sabtu. 

Program tersebut merupakan anjuran Persatuan Kebajikan Kebudayaan dan Ekpedesi Kaum Cina dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) daerah Lawas. 

Pengerusi Persatuan Kebajikan Kebudayaan dan Ekpedesi Kaum Cina Liaw Ah Sing ketika ditemui mengucapkan terima kasih kepada mereka yang sudi menderma darah secara sukarela. 

“Kehadiran orang ramai yang datang menderma darah sedikit sebanyak dapat mengisi tabung darah Hospital Lawas untuk keperluan pesakit yang memerlukannya.

“Terima kasih juga kepada KKM yang memberikan kerjasama menjayakan program ini,” katanya. 

Dalam pada itu, beliau berharap orang ramai pada masa akan datang terus memberikan kerjasama dalam program sebegini bagi mengisi Tabung Darah Hospital Lawas.-EDISI UKAS

add comment