Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang Anjur Program Sambutan Israk Mikraj

SELASA, 1 MAC 2022

LIMBANG: Jawatankuasa Tetap Perayaan Islam Daerah Limbang telah menganjurkan Program Sambutan Israk Mikraj Peringkat Daerah Limbang di Masjid Baitul Iman Daerah Limbang pada Isnin.

Antara pengisian program ialah solat fardhu, bacaan surah yassin, tazkirah Israk Mikraj dan doa kesyukuran.

Program berkenaan telah berjalan lancar dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) .

Hadir sama, Wakil Pemangku Residen Bahagian Limbang Alameen Abdul Majeed, Pegawai Daerah Limbang Superi Awang Said, dan Pegawai Agama Islam Bahagian Limbang Awang Abdul Rahim Awang Rosley.-EDISI UKAS

add comment