Pertandingan Gubahan Bahan Kitar Semula Dicadangkan Sebagai Acara Tahunan

SELASA, 1 MAC 2022

SIBUTI: Penganjuran Pertandingan Gubahan Bahan Kitar Semula dicadangkan dijadikan sebagai acara tahunan. 

Perkara ini dicadangkan Pegawai Daerah Subis Jamalie Busri yang mewakili Menteri Muda Pembangunan Wanita Kanak-kanak dan Kesejahteraan Komuniti (Pembangunan Wanita dan Kanak-kanak) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bekenu Datuk Rosey Yunus dalam Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Gubahan Bahan Kitar Semula di Taman Rekreasi Pantai Peliau, Sibuti pada Sabtu. 

Dalam Pertandingan Gubahan Bahan Kitar Semula, 4 kategori telah dipertandingkan antaranya Pertandingan Mengubah Pasu dari Simen (11 penyertaan), Pertandingan Gubahan dari Tayar (17 penyertaan), Pertandingan Gubahan dari Botol (15 penyertaan) dan Pertandingan Gubahan dari Plastik – (22 penyertaan). 

Sementara itu, lokasi Taman Rekreasi Pantai Peliau ini dipillih bertujuan menjadikan taman ini sebagai Taman Kitar Semula. -EDISI UKAS

add comment