ADUN Simunjan Saksikan Penyerahan Projek Siap RTP 2021

KHAMIS, 3 MAC 2022

SIMUNJAN: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan menyaksikan dua penyerahan projek siap Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) bagi tahun 2021 untuk konstituensi Simunjan pada Khamis.

Penyerahan projek siap pertama adalah projek bina baru jalan pintas Kampung Sageng Hilir yang dilaksanakan oleh kontraktor Bijak Synergy dengan kos projek bernilai RM200,000

Projek yang telah siap sepenuhnya ini telah diserahkan oleh kontraktor kepada Ketua Kaum Kampung Sageng HilirHamli Moslemen di Kampung Sageng Hilir.

Manakala kontraktor Hakim Maju Enterprise telah melaksanakan sepenuhnya projek naik taraf dataran kejat RTC Hijrah.

Projek yang bernilai RM100,000 itu telah diserahkan oleh kontraktor kepada wakil Lembaga Amanah Kebajikan Islam Simunjan (LAKIS), Awang Ismail Awang Wahab bertempat di RTC Taman Hijrah.

Kedua-dua projek merupakan projek dibawah RTP ADUN N25 Simunjan 2021.

Sementara itu, Awla Dris berharap kedua-dua projek yang siap itu dapat memberi manfaat besar kepada penduduk di sekitarnya.

Turut hadir adalah Jurutera Awam JKR Bahagian Samarahan, Dayang Eka Ez’zatiAbang Ismail, Penolong Jurutera Awam JKR Bahagian Samarahan, Noorahim Nordin, Penghulu Ahmad Dol Simpol, wakil LAKIS Simunjan, Awang Ismail Awang Wahab serta wakil kontraktor Bijak Synergy dan Hakim Maju Enterprise. -EDISI UKAS

add comment