Pengguna Perkhidmatan Bot Ekspres Di Limbang Perlu Rancang Perjalananan Ikut Jadual

KHAMIS, 3 MAC 2022

LIMBANG: Masyarakat di daerah Limbang yang merancang untuk ke Lawas dan Labuan menggunakan perkhidmatan bot ekspres diminta untuk merujuk kepada jadual waktu operasi.

Syarikat Bot Ekspres Pertama Limbang telah mengeluarkan jadual waktu operasi bagi awal bulan Mac 2022 untuk memudahkan para penumpang daerah Limbang yang merancang untuk ke Lawas dan Labuan atas urusan keluarga, kerja, pendidikan, membeli-belah dan lawatan.

Setakat ini, bot ekspress berkenaan akan beroperasi dari Limbang ke Lawas dan Lawas ke Limbang sahaja.

Manakala, perjalanan dari Limbang ke Labuan hanya akan bermula pada 9 Mac 2022 dan 10 Mac 2022.

Pembelian tiket boleh dilakukan di pejabat Syarikat Bot Ekspres atau secara dalam talian iaitu di www.ferrypay.my dan www.labuanpay.com.

Bagaimanapun jadual operasi ini tertakluk kepada pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang telah ditetapkan dan bergantung kepada keadaan cuaca atau paras air.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut melalui akaun Facebook FerryLimbang/Lawas/Labuan atau menghubungi nombor telefon 011-65182929.-EDISI UKAS

add comment