Program Jelajah Integriti Siri 1/2022 Dilancarkan Di Tebedu Pada 10 Mac Ini

KHAMIS, 3 MAC 2022

TEBEDU: Program Jelajah Intergriti Siri 1/2022 akan dilancarkan di Daerah Tebedu pada 10 Mac 2022.

Pegawai Pejabat Unit Integriti dan Ombudsman Negeri Sarawak (UNION), Lai Nam Fatt berkata, program yang julung kalinya diadakan di Tebedu akan diteruskan ke bahagian lain.

Katanya, objektif program tersebut adalah bagi memupuk serta membudayakan nilai integriti di kalangan rakyat Sarawak serta memperkenalkan fungsi Ombudsman.

“Apa yang paling penting adalah bagi menunjukkan kesungguhan dan komitmen kerajaan dalam melahirkan Masyarakat maju berintergriti tinggi serta mengukuhkan asas moral dan membentuk jati diri tinggi dikalangan Masyarakat negeri Sarawak,” ujarnya.

Tambah beliau, selepas Daerah Tebedu program sama akan diteruskan ke lima bahagian lain iaitu Sri Aman, Sarikei, Mukah, Kapit dan Limbang.

Program jelajah di lokasi pertama ini akan dirasmikan oleh Timbalan Menteri (Intergriti dan Ombudsman) Dato’ Murshid Diraja Dr. Juanda Jaya.-EDISI UKAS

add comment