JPBB Miri Cadang Bina Hospital Medan

JUMAAT, 4 MAC 2022

MIRI: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri bercadang membina Hospital Medan Separuh Kekal sebagai persiapan awal menghadapi kemungkinan melonjaknya kes COVID-19 pada masa akan datang.

Menurut Menteri Bertanggungjawab JPBB Miri Dato Sri Lee Kim Shin, cadangan itu bertujuan mengurangkan masalah kesesakan yang mungkin dihadapi Hospital Miri. 

“Kerajaan Sarawak dengan kerjasama Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak telah merancang penubuhan Hospital Medan Miri yang mempunyai kapasiti 100 katil di kawasan Hospital Miri memandangkan Hospital Miri adalah “referral hospital” untuk Limbang, Lawas dan Marudi serta baru-baru ini kes-kes positif COVID-19 semakin meningkat,” katanya menerusi kenyataan media selepas mempengerusikan mesyuarat dan mengadakan lawatan tapak pembinaan Hospital Medan Miri pada Khamis. 

Jelas Menteri Pengangkutan Sarawak itu, Hospital Medan Miri ini akan memberi kemudahan kepada pihak hospital untuk memantau situasi pesakit COVID-19 khasnya kategori 3 dan kategori 4, dan mengasingkan wad pesakit COVID-19 dan pesakit biasa. 

Ketika ini, penubuhan Hospital Medan sedang menunggu kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk tindakan yang seterusnya. 

Turut sama hadir Timbalan Setiausaha Kerajaan Sarawak (Transformasi Luar Bandar) merangkap Timbalan Pengerusi JPBN Sarawak Datu Ik Pahon Joyik, Pemangku Residen Bahagian Miri Jamalie Busri, Timbalan Pengarah Unit Keselamatan dan Penguatkuasaan Negeri (UKPN) Datuk Clarence Rorote Sagan, Pengarah Hospital Miri Dr. Jack Wong Siew Yu, wakil dari Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Miri Dr. Wong Khung Ying, Arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak Fam Chin Yiing serta jabatan dan agensi di bawah JPBB Miri. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia