Ops Premis Bersih: 16 Premis Makanan Diarahkan Tutup, 74 Notis Dikenakan Kompaun

JUMAAT, 4 MAC 2022

BINTULU: Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu telah mengadakan Ops Premis Bersih sepanjang bulan Februari lepas. 

Dalam kenyataan pada Rabu, memaklumkan operasi itu bertujuan untuk memastikan premis makanan mematuhi aspek kebersihan dan amalan pengendalian makanan yang baik.

“Sebanyak 86 buah premis makanan telah diperiksa. 

“Hasil daripada pemeriksaan yang dijalankan, sebanyak 16 premis makanan telah diarahkan tutup dan 74 notis mengikut Seksyen 32B Akta Makanan 1983 telah dikeluarkan dengan  nilai kompaun berjumlah RM37,200,” kata kenyataan itu. 

Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu mengingatkan setiap premis makanan sentiasa mematuhi Peraturan-Peraturan Kebersihan Makanan pada setiap masa bagi mengekalkan kebersihan premis dan mengelakkan kejadian keracunan makanan. 

Sebarang pertanyaan atau kemusykilan berhubung keselamatan makanan boleh dirujuk pada Unit Keselamatan dan Kualiti Makanan, Pejabat Kesihatan Bahagian Bintulu di talian 086-858200.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia