JUMAAT, 4 MAC 2022
LAWAS: Persatuan Kebajikan, Kebudayaan dan Ekpedisi Kaum Cina Lawas telah menziarahi mangsa kebakaran di Kampung Seberang Kedai Lawas pada Khamis.
Rombongan diketuai Pegawai Daerah Lawas, Ladin Atok dan Penghulu Cina Lawas Liaw Chow Tein serta ahli-ahli Persatuan.
Kejadian kebakaran yang berlaku pada 26 Februari 2022 itu telah memusnahkan kediaman mangsa sepenuhnya dan mengorbankan nyawa tiga orang adik-beradik.
Dalam pada itu, pihak persatuan juga telah menghulurkan sumbangan kewangan kepada keluarga mangsa bagi membantu meringankan bebanan keluarga berkenaan.-EDISI UKAS