Projek Baik Pulih Pusat Sumber Kampung Sungai Iban Siap Julai Depan

JUMAAT, 4 MAC 2022

SIMUNJAN: Projek membaik pulih Pusat Sumber Kampung Sungai Iban dijangka siap menjelang Julai tahun ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris berkata, pembangunan di bawah peruntukan Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) itu memakan kos sebanyak RM200,000.

Jelasnya, projek berkenaan akan memberi manfaat jangka masa panjang kepada penduduk setempat.

“Hasil tinjauan saya di lokasi pembinaan mendapati pihak kontraktor sudah selesai membuat pemasangan cerucuk yang dilaksanakan pada pertengahan Januari lepas,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan tinjauan bersama pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) Bahagian Samarahan pada Jumaat.

Tambahnya, beliau juga meminta pihak kontraktor melaksanakan kerja-kerja mengikut spesifikasi ditetapkan. -EDISI UKAS

add comment