SABTU, 5 MAC 2022
SIBU: Program Sarawak X-tive Peringkat Bahagian Sibu yang diadakan di Stadium Tertutup Sibu pada Sabtu padat dengan pelbagai aktiviti sukan dan riadah.
Program bermula sejak jam 7 pagi itu dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek, Joseph Chieng Jin Ek.
Antara pengisian aktiviti seperti kayuhan ria, senamrobik, wall climbing anjuran Kem Belia Kemuyang, Sarawak X-tive car Club Gathering, pertandingan futsal diadakan di Bukit Lima dan Pameran Sarawak X-tive.
Selain itu, turut diadakan food truck dan lapan gerai dengan pelbagai jualan, mini auto show (skuter motosikal), pertadingan memanah tradisional dan cabutan bertuah.
Program Sarawak X-Tive yang julung kali diadakan merupakan siri yang pertama dilaksanakan serentak di seluruh 12 bahagian negeri.
Ia dilancarkan secara rasmi oleh Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg di Gedong pada Sabtu.
Objektif program ini adalah untuk membudayakan sukan untuk kesejahteraan dan kesepaduan rakyat Sarawak selari dengan visi ‘Sport For All By 2030’ yang digariskan Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak. – EDISI UKAS