Pelbagai Program Pembangunan Modal Insan Akan Dijalankan Di Kawasan DUN Tanjong Datu

AHAD, 6 MAC 2022

LUNDU – Pelbagai program akan diadakan di kawasan DUN N3 Tanjong Datu bagi tujuan pembangunan modal insan dan pengukuhan jati diri dalam kalangan masyarakat.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N3 Tanjong Datu, Azizul Annuar turut mengalu-alukan program yang diadakan seperti Program Khatan Perdana 2022 yang diadakan di Masjid Lama Nurul Islam, Kampung Tanah Hitam 1,Sematan pada Sabtu.

Beliau setelah itu juga berkesempatan untuk menghadiri Majlis Perasmian dan Kick Off Pertandingan Futsal N3 Tanjong Datu (Tertutup Lundu & Sematan) di Gelanggang Futsal Stadium Mini Lundu.

Pada masa yang sama, Azizul turut meluangkan masa ke Majlis Penangguhan Bengkel Kepimpinan Dan Kejurulatihan Pertubuhan Seni Silat Helang Putih Perkasa Sarawak yang diadakan di Kem Alapong, Kampung Pandan Lundu.

Beliau juga sempat ke Program Sarawak X-Tive 2022 Anjuran Kementerian Belia Dan Pembangunan Sarawak dan Pertubuhan Belia Kebangsaan Bersatu Sarawak (SEBERKAS) yang diadakan di Pantai Pugu. 

Pelbagai program telah diadakan termasuk zumba, aktiviti bola tampar pantai dan karaoke.-EDISI UKAS

add comment