ISNIN, 7 MAC 2022
SIMANGGANG: Parti Rakyat Sarawak (PRS) telah mengadakan Majlis Merarau Bersama Ketua Masyarakat Engkilili di Sri Aman, pada Ahad.
Majlis ringkas tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Pelaburan Sarawak merangkap Ahli Undangan Negeri (ADUN) Batang Ai, Datuk Dr Malcolm Mussen Lamoh.
Turut menyempurnakan majlis ialah Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif Dan Seni Persembahan (Industri Kreatif dan Seni Persembahan) merangkap ADUN Balai Ringin, Datuk Snowdan Lawan.
Dalam pada itu, Datuk Dr Malcolm mohon semua ahli PRS di Engkilili untuk bekerjasama untuk merampas balik kerusi Palimen Lubok Antu yang milik parti berkenaan dalam Pilihan Raya Umum ke-15 kelak.-EDISI UKAS