UMP Jalin Kerjasama Dengan Sarawak Bangun Bandar Pintar, Kampus Pintar Di Pahang

ISNIN, 7 MAC 2022

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul Rahman Zohari Tun Datuk Abang Openg menerima kunjungan hormat daripada Universiti Malaysia Pahang (UMP) Holdings Sdn Bhd di pejabat beliau, Wisma Bapa Malaysia di sini pada Isnin.

Rombongan yang diketuai Pengerusi Lembaga Pengarah UMP, Tan Sri Dato’ Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman itu adalah untuk mengambil maklum berhubung perkembangan serta atur cara konsep ‘Bandar Pintar’ (Smart City) yang dilaksanakan di peringkat Kerajaan Sarawak.

Semasa ditemui media, Naib Canselor UMP, Profesor Dato’ Ts Dr Yuserrie Zainuddin berkata, sebagai Kampus Pintar (Smart Campus), UMP akan terus melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan ‘Bandar Pintar’ menerusi kaedah yang digunakan di Sarawak.

Sehubungan itu jelasnya, kerjasama dengan Sarawak amat diperlukan memandangkan konsep seumpama itu juga akan digunakan untuk daerah-daerah di Pahang pada masa akan datang.

“Untuk kunjungan kali ini kita mahu melihat bagaimana kita dapat bekerjasama untuk terus melaksanakan aktiviti-aktiviti berkaitan Smart City kerana kita akan menggunakan kaedah di sini kepada Smart Campus di UMP dan seterusnya kepada daerah-daerah Smart City di Pahang,” katanya kepada media selepas kunjungan tersebut.

Ini merupakan kunjungan kali kedua UMP ke atas Datuk Patinggi Tan Sri Abang Zohari yang mana kunjungan pertama sebelum ini UMP bersama Sarawak Multimedia Authority (SMA) turut membincangkan mengenai perkara berkaitan. -EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia