Pelancaran Bas Bergerak JPN Atasi Masalah Dokumen Pengenalan Diri Penduduk Di Song

SELASA, 8 MAC 2022

SONG : Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Malaysia telah melancarkan dua unit Bas Bergerak JPN Sarawak yang baharu dalam Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar).

Simbolik pelancaran telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Katibas, Lidam Assan dan Ketua Pengarah JPN Malaysia, Dato’ Roslin Jusoh.

Menurut Dato’ Roslin, bas bergerak tersebut dilengkapi dengan mesin pencetak Mykad dan membolehkan proses gantian Mykad hanya mengambil masa 30 minit sahaja.

“Program Mekar ini dilaksanakan bagi membantu penduduk luar bandar yang mempunyai kekangan untuk datang berurusan ke pejabat JPN.

“Seperkara lagi, selain memberi perkhidmatan dalam permohonan kad pengenalan, gantian kad pengenalan, pendaftaran kelahiran dan cabutan daftar kelahiran dan sebagainya, pasukan JPN turut turun padang bagi menawarkan khidmat nasihat.

“Ini adalah penting bagi memastikan penduduk tempatan tahu apakah proses-proses sekiranya berlaku kelahiran dan sebagainya,” katanya dalam sidang media selepas Majlis Pelancaran Perkhidmatan Bas Bergerak di Perkarangan Waterfront Song pada Isnin.

Sementara itu, ADUN Katibas, Lidam Assan berharap program seperti ini dapat menyelesaikan masalah dokumen pengenalan diri penduduk tempatan khususnya di Daerah Song.

Program kali ini juga disertai Unit Mahkamah Bergerak bagi urusan dokumen Akuan Sumpah.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia