3 Rumah Panjang Musnah Dalam Kebakaran Terima Bantuan Kewangan

KHAMIS, 10 MAC 2022

MIRI: Prihatin dengan nasib yang dihadapi penduduk yang terkesan akibat kebakaran, Ahli Dewan Undangan Negeri Mulu Dato Gerawat Gala telah tampil menghulurkan bantuan kewangan sumbangan Kerajaan Sarawak.

Sebanyak tiga buah rumah panjang yang musnah akibat kebakaran menerima bantuan berupa wang tunai.

Pegawai Tadbir Sarawak, Pejabat Daerah Kecil Bario Edward Tarang telah mewakili Timbalan Menteri (Buruh, Imigresen dan Pemantauan Projek) Jabatan Premier Menteri Sarawak, Dato Gerawat dalam penyerahan bantuan kepada tiga orang Ketua Kaum di Pusat Khidmat Mulu di Miri pada Rabu.

Dato Gerawat merakamkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Residen, Pejabat Daareh Miri, Pejabat Daerah Kecil Bario, Bomba dan Penyelamat, dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak yang telah banyak membantu mangsa kebakaran dalam mendapatkan bantuan ini.

Katanya, ini membuktikan kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) sangat prihatin dan sedia membantu rakyat yang telah kehilangan rumah mereka disebabkan oleh kebakaran.

Antara kampung yang menerima bantuan itu ialah Kampung Long Balau yang terbakar pada 4 November 2020 dan menerima cek berjumlah RM1.61 juta yang diterima wakilnya Ketua Kaum Gerawat Tebaran.

Manakala, Kampung Pa’ Derung yang terbakar pada 19 Mac 2021 pula menerima cek sebanyak RM630,000 yang diterima Ketua Kaum Celeena Sakai dan Kampung Long Banga (Rumah Sina Erang Ibuh) yang terbakar pada 19 September 2020 menerima cek sebanyak RM70,000 yang diterima KK Rhenly Gau.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia