JUMAAT, 11 MAC 2022
ENGKILILI: Seramai 120 pengusaha makanan kecil-kecilan di Daerah Kecil Engkilili berpeluang memiliki sijil pengendalian makanan menerusi program keusahawanan yang dilaksanakan.
Bagi tujuan itu, Pejabat Daerah Kecil Engkilili bersama Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan Sarawak mengadakan mesyuarat pertama Program Keusahawanan Pensijilan Latihan Pengendali Makan (LPM) pada Khamis.
Program keusahawanan tersebut bertujuan memberi peluang kepada pengusaha makanan kecil-kecilan di Daerah Kecil Engkilili untuk memiliki sijil pengendalian makanan yang diwajibkan di bawah Akta Pencegahan Dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Di samping itu, penyertaan program adalah percuma dan kursus akan disampaikan oleh pihak MINTRED bertempat di Dewan Sebaguna Majlis Daerah Lubok Antu (MDLA). -EDISI UKAS