Datuk Sebastian Ting Serah Sumbangan Hadiah Pertandingan Fotografi Sayangi Miri TBC 2022

JUMAAT, 11 MAC 2022

MIRI: Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan 1 (Pelancongan) Datuk Sebastian Ting Chiew Yew menyerahkan sumbangan hadiah bagi Pertandingan Fotografi Sayangi Miri Tahun Baharu Cina 2022.

Sumbangan hadiah berupa wang tunai itu telah disampaikan kepada pengerusi pengelola Alan Yong yang disaksikan Presiden Persatuan Wartawan Utara Sarawak (NSJA) Andy Jong pada Jumaat.

Majlis penyampaian hadiah Pertandingan Fotografi Sayangi Miri Tahun Baharu Cina 2022 akan diadakan di Genesis Coworking Space, Miri pada 13 Mac nanti.

Selaku penaja utama, Datuk Sebastian Ting dijangka akan hadir dan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Sebanyak 14 hadiah bagi dua kategori iaitu kategori terbuka dan kategori ahli NSJA telah dipertandingkan. -EDISI UKAS

add comment