Kerajaan Persekutuan Digesa Pandang Serius Lantik Wakil Sarawak Sertai LHDN

JUMAAT, 11 MAC 2022

KUALA LUMPUR: Kerajaan Persekutuan digesa untuk memandang serius mengenai pelantikan wakil daripada Sarawak untuk menyertai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Ahli Parlimen Batang Lupar, Dato Sri Rohani Abdul Karim berkata, perkara ini adalah penting kerana apabila pendapatan keseluruhan negara diketahui, Sarawak boleh menuntut jumlah yang sewajarnya berdasarkan hak dan undang-undang seperti yang termaktub di bawah Perkara 112(D) Perlembagaan Persekutuan.

“Jawatankuasa antara kerajaan (IGC) yang ditubuhkan untuk menyelesaikan butiran akhir MA63 telah menyatakan dalam perenggan 24 laporannya bahawa Sarawak dan Sabah mesti diwakili dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Ia adalah mandatori namun sehingga kini sarawak tidak pernah diwakili dalam LHDN.

“Didalam perenggan 24 (1) IGC, jelas tertera rekomendasi tuntutan sejak tahun 1962, jadi sudah tiba masanya perkara ini dipandang serius dan seterusnya dilaksanakan oleh kementerian kewangan dengan segera,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjunjung kasih Titah Ucapan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong semasa pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-14, pada Khamis.

Dato Sri Rohani berkata, Kerajaan Sarawak dimaklumkan sedang mengkaji untuk menuntut hak Sarawak agar mempunyai wakil dalam LHDN bagi mendapatkan angka tepat hasil negara.

“Perkara ini adalah penting kerana apabila pendapatan keseluruhan negara diketahui maka Sarawak boleh menuntut jumlah yang sewajarnya berdasarkan hak dan undang-undang seperti mana yang termaktub di bawah Perkara 112(D) Perlembagaan Persekutuan,”ujar beliau lagi.-EDISI UKAS

add comment

online casino malaysia online casino malaysia malaysia online casino malaysia online casino trusted online casino malaysia trusted online casino malaysia casino online malaysia casino online malaysia