SABTU, 12 MAC 2022
SEBUYAU: Satu operasi bersepadu pemantauan dan pemeriksaan Prosedur Operasi Standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 4 dilaksanakan di sekitar Pekan Sebuyau pada Sabtu.
Operasi berkenaan melibatkan kerjasama bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang bertujuan memfokuskan dan memastikan agar masyarakat tidak leka dan sentiasa mengambil berat berkaitan ancaman COVID-19 khususnya penularan varian Omicron yang mudah merebak ketika ini.
Pemeriksaan telah dilakukan ke atas premis-premis perniagaan dan tempat tumpuan awam terutamanya di lokasi yang menjadi tumpuan seperti di Permis Makanan, Kedai Runcit, Pasar Tamu dan Pasar Basah.
Hasil pemeriksaan mendapati gerai dan premis perniagaan mematuhi SOP yang telah ditetapkan seperti mempamerkan notis penetapan had bilangan pelanggan di dalam premis, mengimbas aplikasi MySejahtera, menyediakan buku rekod bagi pelanggan yang tidak menggunakan aplikasi MySejahtera serta menyediakan cecair pembasmi kuman di hadapan pintu masuk premis.-EDISI UKAS