AHAD, 13 MAC 2022
LIMBANG: Perasaan teruja dan gembira terukir pada wajah 23 ahli Kelab Kembara Anak Sarawak (Kembara) selepas berjaya menawan puncak Gunung Murud yang berketinggian 2,423 meter dari paras laut baru-baru ini.
Presiden Kembara, Yusuf Buji berkata, ekspedisi tersebut merupakan usaha kelab itu untuk mempromosikan gunung-gunung di Sarawak serta memberikan peluang kepada ahli-ahli baharu untuk mendapat pengalaman mendaki gunung.
“Tambahan juga, ekspedisi kali ini diadakan untuk meninjau papan tanda puncak Gunung Murud yang dipacak pada tahun 2019,’’ jelasnya.
Menurut Yusuf, ekspedisi bermula pada 6 Mac lepas di mana para pendaki berlepas dari Kuching di Miri dan kemudiannya terbang ke Lawas, seterusnya ke Ba’kelalan menggunakan kenderaan pacuan empat roda pada 7 Mac lepas.
“Selepas itu, kami bertolak ke Lepo Bunga untuk mendaki sehingga ke ‘Church Camp’ yang merupakan tempat persinggahan pertama pada 8 Mac.
“Pada keesokan hari (9 Mac), pendakian menawan puncak bermula jam 9 pagi dan kumpulan pertama berjaya sampai ke puncak pada jam 1.40 petang,’’ ujar beliau.
Ekspedisi berakhir dengan singgah semalam di Merarap Hot Spring Lodge untuk berehat.
Ekspedisi tersebut turut disertai Evelin Ruman, Mohamad Zamahari Abdullah, Danny Jabing, Najib Jeman, Dyg Shamsinar Abng Shamsudin, Zulkifli Johari, Dyg Annuriza Awang Sapuani, Dewi Susanti Joli, Nurul Aini Rosdi, Suriani Abdul Latif, Sueronie Mahli, Mohteah Kassim, Dr. Sara Azreen, Ripit Seman, Jinoi Raop, Alvin Vincent Abeng, Che Rafidi Che Mat, Mohd Aizuddin, Nordianah Sebli, Aisya Saidatina Khadijah, Kamarul Ariffin Mohamad dan Evonne Lee. -Edisi UKAS