AHAD, 13 MAC 2022
KOTA SAMARAHAN: Ahli Parlimen Kota Samarahan, Datuk Rubiah Wang merasmikan Majlis Penangguhan Karnival Sukan dan Permainan Kampung Mang pada Ahad.
Semasa berucap, Datuk Rubiah Wang berkata karnival sebegini amat penting sebagai wadah perpaduan dan penyatuan masyarakat khasnya di kawasan kampung.
Oleh itu, beliau berharap aktiviti ini dapat diteruskan dan dijadikan sebagai acara tahunan dalam setiap kampung terutamanya di fasa peralihan endemik yang akan bermula pada 1 April akan datang.
Dalam perkembangan yang lain, Datuk Rubiah Wang turut memaklumkan bahawa projek menaiktaraf Masjid Kampung Mang telah diluluskan dan menunggu proses tender serta pelaksanaan kerja-kerja fizikal.
Beliau turut meluangkan masa untuk melihat sendiri projek menaiktaraf jalan-jalan lorong di kampung berkenaan setelah selesai menyempurnakan majlis penangguhan berkenaan.-EDISI UKAS